Sometimes You've Gotta Fall Before You Fly

forget what hurt you but never forget what it taught you

Saturday, 8 March 2014

It's all about money and life (^_^,)

✿Assalamualaikum

errr... peningnye kepala ni.. tekak pun sakit-sakit.. batuk lagi.. selesema pun ade. pendek kate memang complete semua penyakit ada. hahai.. cuace panas sangat. duduk kat rumah je pun boleh sakit.. fuuuuu... ~,~!!

tapi esok dah start keje.. eh yeke? cam tak caye je esok keje? lepas dah hampir 3-4 bulan menganggur kat uma ni, tergolek2, melongo depan tb.. nak kate belajar masak sangat pun tak jugak, lebih banyak habiskan masa depan laptop.. akhirnya zahia dapat job jugak. keje ape? tak tahu la.. haha. dengar cite dapat keje dekat kilang frozen food. whatever larhh.. yang penting duit masyukkk,, lai lai.. tapi tengah skit demam kus kus macam ni selesa ke nak kerje?... takpelah, pikir pasal duit je..

seperti yang kita tahu, sekarang ni duit merupakan ssesuatu yang tersangat lah penting. some people said that " Money is not Everything, but Everything Need Money"..
see? betapa kuatnya effect duit dalam kehidupan kita.. tak payah cakap la, sekarang nak masok tandas pun kena hulur 30cen. memang dah takde benda yang free zaman sekarang ni.. hadoi..

kalaulah kita dapat kembali ke zaman 40 tahun dulu, mesti kita semua ni dah jadi jutawan. right? haha. ayah zahia cakap zaman dulu dia bawak duit pergi sekolah 20 sen je. 10sen tu boleh dapat karipap 3 keping and lagi seposen tu boleh beli air. fulamak,, taknak macam lumayan pulak kan kalau kita kembali ke zaman dulu? bawak RM10 macam bawak RM100. macam-macam boleh beli. haha!!

cuba tanya kalau zahia ade banyak duit, zahia nak buad ape dengan duit tu? of course nak melabur dekat kedai baju, shopping macam-macam, makan sedap-sedap. kalau boleh tiap-tiap hari nak makan sushi. biar sampai jemu jelak orang cakap. haha.

zahia ni jenis tak cerewet sangat tapi kadang-kadang teringin jugak nak macam orang lain. teringin nak beli itu ini. but sometimes bila zahia punya nafsu negatif nak mengeluh bila takde duit datang, zahia cepat-cepat ingatkan diri sendiri, sebenarnya hidup zahia ni takde lah sesak sangat. sebab ramai lagi orang yang miskin yang tiap-tiap hari makan biskut kering. eh biskut kering okay lagi, daripada makan pasir? Allahuakhbar! tak dapat bayangkan!

so lepas ni seboleh-bolehnya zahia cuba nak control diri tak nak jadi pemboros lagi. kekeke. susah kot cari duit.. takkan umur dah 20 tahun macam ni masih nak menadah tangan mintak duit dekat ayah lagi kan? haha. susahnya cari duit. bila dah menganggur ni nak cari RM1 pun susah betul. haishh..

zahia lahir dalam keluarga sederhana. tak mewah mana tapi kehidupan kami tetap sempurna dengan gelak and tawa. maybe disebabkan itulah timbul kesedaran diri dalam hati ni nak tolong keluarga lepas ni. dah form6 baru nampak erti kehidupan yang sebenar.. sebab itulah zahia bertekad sangat nak masok u.. orang kate dengan pendidikan yang kita ada kita boleh ubah kehidupan kita? yes. percaya jelah. tapi sebenarnya rezeki tu ada dekat mana-mana. asalkan ada usaha, sebab pernah tengok orang yang just ada SPM pun boleh berjaya dengan titik peluh sendiri..

tak mengapalah wahai hati, teruskan tersenyum kerana kehidupan ini hanyalah sementara. kita tak bawa sampai ke mati pun semua harta yang kita ada. tetapi kita kena berusaha untuk mengubah nasib hidup kita. and pada masa yang sama kita kena seimbang dalam mengejar kejayaan di akhirat.. bersabarlah.. pasti ada sinar kebahagiaan selepas kita bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu..
AMIN


p/s: actually zahia nak ape sebenarnye ni? haha.

STPM and Me ッ a lot of memories are here ッ


✿Assalamualaikum

Hey, what’s up? malam ni zahia nak share tentang kehidupan zahia lepas spm. result spm zahia biase-biase je, taraf budak berangan dalam kelas, 5A, 2C+ and lain-lain tak payah tau ok.. hehe. lepas tu zahia memang tak dapat UPU sebab tersalah apply! hihi nak sangat jadi cikgu kononnye? tak tau pulak UPSI lebih banyak ambil pelajar lepasan STPM bukan SPM. Matrikulasi pun zahia dapat panggilan kedua. tu pun zahia tau lepas dah habis STPM , terjumpa surat tawaran dalam kereta. so memang tak pergilah, reda je masok form6, haha. teruk betul =.=

kalau dah nama pun form 6, maksudnya tempat tu memang dekat sekolah. kalau dekat sekolah, maksudnya zahia jadi budak sekolah semula. kalau dah jadi budak sekolah semula, maksudnya zahia kena pakai baju sekolah, bangun pagi, bawak beg and kena ikot peraturan sekolah. oiyooo.. sebab tu la ramai yang tak sanggup nak masok form6, haha. maybe disebabkan oleh perkara-perkara tadi kot. hehe.

zahia sambung pelajaran dalam Pre-University of SMK Tun Habab, sebuah sekolah bestari bertaraf ‘kluster’ di sebuah Bandar selepas habis SPM. atau nama lainnya UTHM. hahaha!  cehhh,, macam gempak je kan ? nak jugak dengar macam u. haha. Itulah sekolah yang sebelum ni zahia nak sangat masuk. Haha, finally dapat gak jadi one of the students in that school. It is awesome? Haaa.. not at all.. but ape yang zahia boleh compare dengan sekolah lama zahia dulu, walaupun students SMK Tun Habab ni ade gak yang gangster, taiko, nakal, mafia dan seangkatan dengannya, tapi dia orang tetap gak excellent dalam ape jua test and exam. Sampaikan kaki pukul kat sekolah ni pon dapat A+ dalam Addmaths. Tidakkah itu gila namanya?? Haha. Sedangkan zahia tertonggeng-tonggeng belajar Addmaths kat sekolah lame, tetap gak dapat “donut”. D la maknanya ~.~

Pada kawan-kawan zahia and termasuk cikgu zahia sekali, zahia ni cengeng.. haha. Sebab zahia mudah menangis kalau kena usik. Walaupun zahia pegang jawatan penolong ketua kelas tingkatan 6 untuk 2 tahun and jadi naib pengerusi angkatan Pelatih Institusi Pertahanan Awam kat sekolah, (padahal tak pernah kawad kaki pun selalu cabut , kekeke) zahia tetap gak dengan perangai gile-gile zahia yang datang secara tidak diduga. Sape sangka kan akak senior yang muke cantik ala-ala sopan ni pon selalu panjat tembok, buat parkour lagi, haha. Memang best la. Kalau curi-curi tidur dalam kelas tu tak payah cakap.. tu macam dah jadi hobi. Bawak barang-barang terlarang secara seludup macam handphone, earphone and tab tu dah jadi perkara normal yang paling digemari. Haha, zahia tengok kawan zahia bukan bace buku tapi ramai yang bace ‘mukabuku’ dalam kelas. Yelah, dah kelas pon terpampang perkataan WIFI. Hehe. Kalau dalam kelas tu pandang kawan-kawan semua tengah swipe screen handphone. Memang kitorang satu kelas dah cekap taip message tanpe tengok handphone.. hehe, minta maaf cikgu 


Ini semua kawan-kawan zahia yang happening kat kelas. Miss you all :’(

Kat form 6 ni terlalu banyak kenangan. kitorang berkongsi ketawa, gembira and menangis sama-sama, yela sebab kalau sorang menangis mesti ada yang ikut nangis sekali, hihiks.. lagipun kitorang datang dari sekolah asal yang berbeza,, paling jauh dari Selangor tau! Kedua jauh Kluang.. Ada jugak yang duduk segamat. diaorang biasanya stay dekat asrama yang disediakan. tapi zahia tak nak masok asrama sebab i need a freedom, cewwahh!! hehe.

cite pasal makan, kalau buad muke sposen waktu lepas rehat tu memang dah biase lah, ape taknye, kantin sekolah kitorang dah macam heaven kepada para pengikut zahia yang kuat makan. (time ada kawan tetiba zahia jadi pelahap). Haha, macam-macam ade jual. Tu yang masok kelas semua muke mengantok sebab kekenyangan. Tapi tu la yang best. Hihi. Kat skolah tu gak zahia tak ketinggalan untuk menjoinkan diri dalam ape jenis bisnes yang ade. Haha. zahia dengan kawan-kawan selalu jual burger kalau ade ape-ape even kat sekolah, yang jadi mangse untuk mempromosikan burger tu pon zahia gak, haha, sebab dalam kelas zahia yang paling rajin bawak laptop. Yang kena datang ke setiap kelas mintak order pon zahia gak, haha. Tapi best. 

Dalam kelas zahia tu rasenye hamper 80% berjiwa bisnes. Sebab ade yang jual perfume, jual pelbagai jenis kek, jual cupcake, jual biskut raye, jual tudung,, jual produk kecantikan de’bella, jual baju pon ade,, ape tah lagi lepas diketahui dalam kelas tu ada 2 orang anak tauke kedai runcit, haha. Nampak tak aura bisnes nye tu?

yes, inilah gambar bukti kitorang sekelas memang kaki bisnes, mata duitan , blink , blinkk!!

Rasa jadi pelajar paling senior at sekolah memang ohsem wlaupun badan and muke zahia ni tak menampakkan usia 19 tahun mase tu. orang cakap zahia ni awet muda sebab pakai produk Kak Ton, ishkk,, excuse me!!  Walaupun zahia ni kakak-kakak, tapi ade gak budak form4 and 5 yang usha-usha zahia, hei budak-budak zaman sekarang ni memang taste besar. Kakak-kakak jugak yang dia nak try, smackdown baru tahu. Tapi tak dapat dinafikan adik-adik pon boleh tahan gak, haha.

Disebabkan sekolah zahia yang terletak betul-betul dikawasan Bandar, memang menyebabkan zahia menjadi seorang kaki merayap yang tegar lepas balik sekolah, haha. Bukan g mane pun, zahia just g usha-usha baju dengan kawan, g makan-makan or shopping. Haha pernah gak sekali dua lepas balik sekolah pkul 1.15 tu aku terus ambik bas ke jb. G jusco dengan kawan. Haha, dengan pakai baju sekolah je, kitorang makan dunkin donut and g kedai buku Harris semata-mata nak cari buku rujukan sejarah.

Nak kate zahia ni pendiam, kadang-kadang zahia ni kepoh. Kalau cakap zahia ni jenis riuh, ade mase zahia duduk menyendiri jugak sorang diri. Senang cite zahia ni biase-biase je. Tapi pada zahia, zahia sebenarnya lagi suke perhatikan gelagat orang and buat hal sendiri. Cume sape yang pernah kenal aku sejak 6 tahun yang lepas jelah yang tahu diri zahia yang sebenar macam mana. Dengan jalan tertunduk-tunduk, pakai spect, nak bercakap pun tutup mulut. Ala-ala alim budak baik gitu.. SKEMA!!  tapi lepas umur zahia dah masuk 18, zahia nekad nak ubah diri zahia, berubah jadi lebih friendly..


wah, ni semua gambar pelajar 6Atas Al-jauzi SMK Tun Habab. kami mengambil subjek Pengajian Am, Pengajian Perniagaa, Bahasa Melayu and Sejarah serta MUET.  Peace ^_^v !!

sekarang dah masuk tahun 2014, maksudnya kitorang semua dah selamat menduduki peperiksaan STPM dari semester 1 sehingga 3 dengan tenang, erkk, macam pelik je bunyi, hehe. lepas habis sekolah, semua dah bawa haluan masin-masing, ada yang dah kerje, ade yang nak sambung belajar and ade jugak yang nak bertunang la entah apa.. haha. just berharap kitorang semua dapat keputusan yang cemerlang and yang paling penting dapat masuk ke universiti! ✰AMIN




Sun So Hot!! ~.~

Assalamualaikum

i think i'm sick.
flu, fever and cough.
as the wether is too hot.
and i can't stand it.

haha. so watch out.
when the sun too damn,
and the rain never fall anymore for months,
we should concerns about our health.

but however i feel right now,
i still addicted to explore the new world,
to dominate the world of bloggers,
even im not feeling well.. fufuuu... ~.~

I can not remember when the last day of rain ,
Hot weather makes me uncomfortable even just sit at home,
haha , looks like hilarious.
but that's what I face

but I was a stubborn ,
oh no, maybe I am a strong
because although still sick
I still want to go out to meet with friends (Mr.Emi) ^o^

and this is a request from him,
he challenged me to write this entry in english
haha, did he think i can't do it?
although i'm a little bit clumsy right now bcuz of the flu,
i still have courage to write this entry. muehehe..

this afternoon ,
We had decided to meet at KFC ,
just to learn about blogging
but we seem to chat more than the discussion,
but finally I have understand a few things about blogging

for example:
how to change the font and text color;
how to change the background song;
how to add text to follow your cursor;
and how to change the background or theme
seems like hard...
but i'm a genius , right ?
of course, i can do it!
fighting!

^^hoping of rain,

Friday, 7 March 2014

Kucing kan comel, kenapa perlu dianiaya? ☹

Assalamualaikum

wah, sekejap je dah rasa rindu nak jenguk blog sendiri. adakah ini jakun namanya? hehe. takpelah. benda baru kenal. memang macam tu kan ^o^

malam ni kucing zahia semua tunggu depan pintu je. sebab nak keluar. tapi zahia kurung kucing-kucing tu dalam rumah. sebab semalam kucing zahia yang paling manja dah mati. T_T sedih sangat.. takut kucing-kucing tu jadi mangsa yang seterusnya pulak. haishh..

actualy, zahia ni kategori "cat lover". memang tak boleh tengok kucing terbiar. kesian je, rasa macam tak sanggup tengok kucing-kucing tu merempat. dulu masa kecik-kecik memang suka kutip kucing tepi jalan, lepas tu sampai rumah zahia letak je depan pintu. bila ibu tanya ni kucing mana? zahia jawab "kucing baru datang la tu" hehe.memang kesian sangat tengok kucing yang terbiar.

sambung balik pasal kucing zahia yang baru mati tu. wallahualam.. pagi tu macam biasa dia keluar ke depan rumah, pergi ke rumah jiran sebelah. tak tahu la ape anak jiran sebelah tu buad dekat kucing tu. kucing tu masuk dalam rumah and terus menyorok dekat bawah meja makan.

ingatkan kena semput ke, tapi tiba-tiba menyembur darah dari mulut dia. ibu zahia apa lagi, memang kecoh la pagi tu. kebetulan ayah zahia ni cikgu, so pagi-pagi dia keluar untuk panaskan engine kereta sebelum pergi mengajar, and masa tu la dia jadi saksi nampak anak jiran tu kerjakan kucing zahia. sedihnya bila fikir.. kucing tu bukan ada dosa pun.

akhirya kucing tu mati bawah katil. dia menyorok tak nak bagi tuan dia tengok masa dia mati. tapi yang zahia tak faham kenapa anak jiran zahia tu tergamak aniaya kucing sampai mati? immediately!! bila ayah zahia tanya dia buad apa dekat kucing tu, dia cakap dia terlanggar. seriously macam tak logik sebab pagi tu dia takde start motor or kereta pun :( tapi dah ajal kucing tu. nak buad macam manakan?zahia nangis pun kucing tu takkan hidup balik..



huu.. kucing ni dah mati. kucing ni tak berdosa langsung..


malam tu zahia sempat berdoa agar hati anak jiran zaza tu terbuka untuk sedar akan kesilapan dia menganiaya haiwan kesayangan Nabi Muhammad. sekurang-kurangnya dia tak akan melakukan perkara yang serupa lepas ni. tapi dalam hati memang panas je, rasa macam nak gegar rumah dia. sampai hati aniaya binatang yang tak berdosa. memang dia sendiri tak dapat nak tipu sebab sebelum ni pun ayah zahia pernah nampak dia pukul kucing kami pakai penyapu.. tapi apa yang dia buad pada kucing tu sampai mati pun zahia tak pasti.. dia mungkin boleh menipu, tapi Allah nampak..

but still, ibu zahia masih lagi bergenang dengan air mata. yelah, sebab ibu la yang rajin bagi dia makan and manja-manjakan dia. orang cakap bila kucing dah tinggal serumah dengan kita, dah jadi macam family tau ^o^

apa-apa pun, kucing zahia tu dah tenang dekat sana.InshaALLAH, kucing walau macam manapun akan masuk syurga kan? zahia akan tetap rindu dia. kucing tu manja, tak payah panggil pun dia akan datang sendiri dekat kita..




ni je gambar kenangan yang tinggal. masa ni dia tengah tidur dengan kucing-kucing yang lain. rindunye..



ni la gambar masa kucing tu kecik lagi, comel. macam teddy bear..


comelkan? kenapa binatang comel macam ni perlu dianiaya sesuka hati? takpe.. biar semua balasan tu datang dari Allah. Hidup berjiran kena banyak bersabar. jangan pulak disebabkan kucing jiran dengan jiran tidak bertegur sapa. :)


dan akhirnya Abu tidur untuk selama-lamanya.. sedih 

memelihara kucing ni memang seronok, boleh buad teman. suka tengok telatah dia. sebab itulah zahia sekeluarga tak pernah putus-putus pelihara kucing. sebenarnya sebelum ni pun kucing dekat rumah zahia memang banyak. jangan terkejut tau. tapi sekor-sekor hilang and ada jugak yang orang mintak nak buad bela.and ada jugak yang mati sebab sakit.. tapi yang paling sadis bila kucing yang sihat-sihat tapi mati tiba-tiba disebabkan oleh perbuatan manusia.. hurmm..



wah, banyakkan ? tapi tak mampu nak bela semua, ok lah, rasanya dah puas dapat curah kan apa yang terbuku dekat dalam hati ni. apa-apa pun hidup perlu diteruskan.. ^o^
inshaALLAH, zahia simpan niat nak buka rumah kebajikan untuk kucing suatu hari nanti.. 
✰AMIN


Thursday, 6 March 2014

makna nama Zahiah ❤

assalamualaikum
wah, silau !! shining-shining hari ni. sebab apa? cuz i've learnt a new thing today. hehe. umur 20 tahun baru nak mula ber-blogging-blogging. rasanya masih belum terlambatkan? macam sedih je, macam sadis je ^o^ but it's okay girl, i will try to learnt this new ohsem thing slowly. step by step. huhu 

orang kata:
"berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian"

muehehe.. berpantun pulak dah..
actually, before zahia merepek meraban siang-siang hari ni, i would like to thank to my friend, Mr.Emi as he was willing to help me to create my own blog.

dah lama sebenarnya zahia simpan angan-angan nak ada blog sendiri. tak habis-habis dari dulu stalk blog orang lain. macam gojes, macam ohsem je blog orang lain. and finally, Alhamdulillah ! I already have a blog now.

so, let me introduce myself.
my name is NorZahiah Binti Bain. My name looks like too short, right? masa kecik-kecik dulu selalu jugak pertikaikan pada ibu, kenapa nama zahia tu pendek sangat? tak teringin ke letak nama putri kat depan, tambah nama lain ke kat belakang. yelah.. tengah budak-budak mana la faham kan ? 

Lastly, zahia dapat tau sendiri jugak. masa tu dekat kedai buku, saja-saja cari makna nama sendiri. akhirnya jumpa jugak makna nama NorZahiah tu pada buku panduan memberi nama anak bagi ibu mengandung..

Wow ! mase tu mula la senyum sorang-sorang bila dapat tau Zahiah tu maksudnya "cantik berseri".. then cuba mix dengan Nor yang bererti "cahaya" tu.. ehem ehemm,, so secara tidak langsung membawa maksud "Cahaya Yang Cantik Berseri". walaupun nama ni tak se-famous Ayu Raudhah atau se-meletops nama Nelofa, but at least my name mean very beautiful 

Haa.. so whats now? mengancam tak nama Zahia tu? Orang-orang tua cakap bila nak beri nama anak tu, better bagi nama yang baik-baik, yang ada erti.. Jangan main copy paste je nama kat baby tu. Konon nak sedap dengar macam nama France.. pffff.. =_=* tak tahan bila dengar. kekeke..


Okay, back to my story. 19 Februari 2014, umur zahia dah genap 20 tahun tau. Macam tak percaya. haha. but still ada yang ingat zahia ni baru 16-17 tahun. Oh sebab apa? faktor physical zahia yang kecik je ni. Makan banyak pun tak naik jugak. hehe . sekarang ni tengah dup dap dupp dapp tunggu result STPM 2013 keluar. just mampu berdoa agar dapat result yang terbaik and tergolong dalam kalangan pelajar yang cemerlang ✰ amin