✿Assalamualaikum✿
errr... peningnye kepala ni.. tekak pun sakit-sakit.. batuk lagi.. selesema pun ade. pendek kate memang complete semua penyakit ada. hahai.. cuace panas sangat. duduk kat rumah je pun boleh sakit.. fuuuuu... ~,~!!
tapi esok dah start keje.. eh yeke? cam tak caye je esok keje? lepas dah hampir 3-4 bulan menganggur kat uma ni, tergolek2, melongo depan tb.. nak kate belajar masak sangat pun tak jugak, lebih banyak habiskan masa depan laptop.. akhirnya zahia dapat job jugak. keje ape? tak tahu la.. haha. dengar cite dapat keje dekat kilang frozen food. whatever larhh.. yang penting duit masyukkk,, lai lai.. tapi tengah skit demam kus kus macam ni selesa ke nak kerje?... takpelah, pikir pasal duit je..
seperti yang kita tahu, sekarang ni duit merupakan ssesuatu yang tersangat lah penting. some people said that " Money is not Everything, but Everything Need Money"..
see? betapa kuatnya effect duit dalam kehidupan kita.. tak payah cakap la, sekarang nak masok tandas pun kena hulur 30cen. memang dah takde benda yang free zaman sekarang ni.. hadoi..
kalaulah kita dapat kembali ke zaman 40 tahun dulu, mesti kita semua ni dah jadi jutawan. right? haha. ayah zahia cakap zaman dulu dia bawak duit pergi sekolah 20 sen je. 10sen tu boleh dapat karipap 3 keping and lagi seposen tu boleh beli air. fulamak,, taknak macam lumayan pulak kan kalau kita kembali ke zaman dulu? bawak RM10 macam bawak RM100. macam-macam boleh beli. haha!!
cuba tanya kalau zahia ade banyak duit, zahia nak buad ape dengan duit tu? of course nak melabur dekat kedai baju, shopping macam-macam, makan sedap-sedap. kalau boleh tiap-tiap hari nak makan sushi. biar sampai jemu jelak orang cakap. haha.
zahia ni jenis tak cerewet sangat tapi kadang-kadang teringin jugak nak macam orang lain. teringin nak beli itu ini. but sometimes bila zahia punya nafsu negatif nak mengeluh bila takde duit datang, zahia cepat-cepat ingatkan diri sendiri, sebenarnya hidup zahia ni takde lah sesak sangat. sebab ramai lagi orang yang miskin yang tiap-tiap hari makan biskut kering. eh biskut kering okay lagi, daripada makan pasir? Allahuakhbar! tak dapat bayangkan!
so lepas ni seboleh-bolehnya zahia cuba nak control diri tak nak jadi pemboros lagi. kekeke. susah kot cari duit.. takkan umur dah 20 tahun macam ni masih nak menadah tangan mintak duit dekat ayah lagi kan? haha. susahnya cari duit. bila dah menganggur ni nak cari RM1 pun susah betul. haishh..
zahia lahir dalam keluarga sederhana. tak mewah mana tapi kehidupan kami tetap sempurna dengan gelak and tawa. maybe disebabkan itulah timbul kesedaran diri dalam hati ni nak tolong keluarga lepas ni. dah form6 baru nampak erti kehidupan yang sebenar.. sebab itulah zahia bertekad sangat nak masok u.. orang kate dengan pendidikan yang kita ada kita boleh ubah kehidupan kita? yes. percaya jelah. tapi sebenarnya rezeki tu ada dekat mana-mana. asalkan ada usaha, sebab pernah tengok orang yang just ada SPM pun boleh berjaya dengan titik peluh sendiri..
tak mengapalah wahai hati, teruskan tersenyum kerana kehidupan ini hanyalah sementara. kita tak bawa sampai ke mati pun semua harta yang kita ada. tetapi kita kena berusaha untuk mengubah nasib hidup kita. and pada masa yang sama kita kena seimbang dalam mengejar kejayaan di akhirat.. bersabarlah.. pasti ada sinar kebahagiaan selepas kita bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu..
✰AMIN✰
p/s: actually zahia nak ape sebenarnye ni? haha.
No comments :
Post a Comment