✿Assalamualaikum✿
Hey, what’s up? malam ni zahia nak share tentang kehidupan zahia lepas spm. result spm zahia biase-biase je, taraf budak berangan dalam kelas, 5A, 2C+ and lain-lain tak payah tau ok.. hehe. lepas tu zahia memang tak dapat UPU sebab tersalah apply! hihi nak sangat jadi cikgu kononnye? tak tau pulak UPSI lebih banyak ambil pelajar lepasan STPM bukan SPM. Matrikulasi pun zahia dapat panggilan kedua. tu pun zahia tau lepas dah habis STPM , terjumpa surat tawaran dalam kereta. so memang tak pergilah, reda je masok form6, haha. teruk betul =.=
kalau dah nama pun form 6, maksudnya tempat tu memang dekat sekolah. kalau dekat sekolah, maksudnya zahia jadi budak sekolah semula. kalau dah jadi budak sekolah semula, maksudnya zahia kena pakai baju sekolah, bangun pagi, bawak beg and kena ikot peraturan sekolah. oiyooo.. sebab tu la ramai yang tak sanggup nak masok form6, haha. maybe disebabkan oleh perkara-perkara tadi kot. hehe.
zahia sambung pelajaran dalam Pre-University of SMK Tun Habab,
sebuah sekolah bestari bertaraf ‘kluster’ di sebuah Bandar selepas habis SPM. atau nama lainnya UTHM. hahaha! cehhh,, macam gempak je kan ? nak jugak dengar macam u. haha. Itulah sekolah yang sebelum ni zahia nak sangat masuk. Haha, finally dapat gak
jadi one of the students in that school. It is awesome? Haaa.. not at all.. but
ape yang zahia boleh compare dengan sekolah lama zahia dulu, walaupun students SMK
Tun Habab ni ade gak yang gangster, taiko, nakal, mafia dan seangkatan
dengannya, tapi dia orang tetap gak excellent dalam ape jua test and exam.
Sampaikan kaki pukul kat sekolah ni pon dapat A+ dalam Addmaths. Tidakkah itu
gila namanya?? Haha. Sedangkan zahia tertonggeng-tonggeng belajar Addmaths kat sekolah
lame, tetap gak dapat “donut”. D la maknanya ~.~
Pada kawan-kawan zahia and
termasuk cikgu zahia sekali, zahia ni cengeng.. haha. Sebab zahia mudah menangis
kalau kena usik. Walaupun zahia pegang jawatan penolong ketua kelas tingkatan 6
untuk 2 tahun and jadi naib pengerusi angkatan Pelatih Institusi Pertahanan
Awam kat sekolah, (padahal tak pernah kawad kaki pun selalu cabut , kekeke) zahia tetap gak dengan perangai gile-gile zahia yang datang
secara tidak diduga. Sape sangka kan akak senior yang muke cantik ala-ala sopan
ni pon selalu panjat tembok, buat parkour lagi, haha. Memang best la. Kalau
curi-curi tidur dalam kelas tu tak payah cakap.. tu macam dah jadi hobi. Bawak
barang-barang terlarang secara seludup macam handphone, earphone and tab tu dah
jadi perkara normal yang paling digemari. Haha, zahia tengok kawan zahia bukan bace
buku tapi ramai yang bace ‘mukabuku’ dalam kelas. Yelah, dah kelas pon
terpampang perkataan WIFI. Hehe. Kalau dalam kelas tu pandang kawan-kawan semua
tengah swipe screen handphone. Memang kitorang satu kelas dah cekap taip
message tanpe tengok handphone.. hehe, minta maaf cikgu ☺
Ini semua kawan-kawan zahia yang
happening kat kelas. Miss you all :’(
Kat form 6 ni terlalu banyak kenangan. kitorang berkongsi ketawa, gembira and menangis sama-sama, yela sebab kalau sorang menangis mesti ada yang ikut nangis sekali, hihiks.. lagipun kitorang datang dari sekolah asal yang berbeza,, paling jauh dari Selangor tau! Kedua jauh Kluang.. Ada jugak yang duduk segamat. diaorang biasanya stay dekat asrama yang disediakan. tapi zahia tak nak masok asrama sebab i need a freedom, cewwahh!! hehe.
cite pasal makan, kalau buad muke sposen waktu
lepas rehat tu memang dah biase lah, ape taknye, kantin sekolah kitorang dah
macam heaven kepada para pengikut zahia yang kuat makan. (time ada kawan tetiba zahia jadi pelahap). Haha, macam-macam ade
jual. Tu yang masok kelas semua muke mengantok sebab kekenyangan. Tapi tu la
yang best. Hihi. Kat skolah tu gak zahia tak ketinggalan untuk menjoinkan diri
dalam ape jenis bisnes yang ade. Haha. zahia dengan kawan-kawan selalu jual
burger kalau ade ape-ape even kat sekolah, yang jadi mangse untuk mempromosikan burger tu pon zahia gak, haha, sebab dalam kelas zahia yang paling rajin bawak
laptop. Yang kena datang ke setiap kelas mintak order pon zahia gak, haha. Tapi
best. ☺
Dalam kelas zahia tu rasenye
hamper 80% berjiwa bisnes. Sebab ade yang jual perfume, jual pelbagai jenis
kek, jual cupcake, jual biskut raye, jual tudung,, jual produk kecantikan
de’bella, jual baju pon ade,, ape tah lagi lepas diketahui dalam kelas tu ada 2
orang anak tauke kedai runcit, haha. Nampak tak aura bisnes nye tu?
yes, inilah gambar bukti kitorang sekelas memang kaki bisnes, mata duitan , blink , blinkk!!
Rasa jadi pelajar paling
senior at sekolah memang ohsem wlaupun badan and muke zahia ni tak menampakkan
usia 19 tahun mase tu. orang cakap zahia ni awet muda sebab pakai produk Kak Ton, ishkk,, excuse me!! Walaupun zahia ni kakak-kakak, tapi ade gak budak form4
and 5 yang usha-usha zahia, hei budak-budak zaman sekarang ni memang taste besar.
Kakak-kakak jugak yang dia nak try, smackdown baru tahu. Tapi tak dapat
dinafikan adik-adik pon boleh tahan gak, haha.
Disebabkan sekolah zahia yang
terletak betul-betul dikawasan Bandar, memang menyebabkan zahia menjadi seorang
kaki merayap yang tegar lepas balik sekolah, haha. Bukan g mane pun, zahia just g usha-usha baju dengan kawan, g makan-makan or shopping. Haha pernah gak
sekali dua lepas balik sekolah pkul 1.15 tu aku terus ambik bas ke jb. G jusco
dengan kawan. Haha, dengan pakai baju sekolah je, kitorang makan dunkin donut
and g kedai buku Harris semata-mata nak cari buku rujukan sejarah.
Nak kate zahia ni pendiam,
kadang-kadang zahia ni kepoh. Kalau cakap zahia ni jenis riuh, ade mase zahia duduk
menyendiri jugak sorang diri. Senang cite zahia ni biase-biase je. Tapi pada zahia, zahia sebenarnya lagi suke perhatikan gelagat orang and buat hal sendiri. Cume
sape yang pernah kenal aku sejak 6 tahun yang lepas jelah yang tahu diri zahia yang sebenar macam mana. Dengan jalan tertunduk-tunduk, pakai spect, nak
bercakap pun tutup mulut. Ala-ala alim budak baik gitu.. SKEMA!! tapi lepas umur zahia dah
masuk 18, zahia nekad nak ubah diri zahia, berubah jadi lebih friendly..
wah, ni semua gambar pelajar 6Atas Al-jauzi SMK Tun Habab. kami mengambil subjek Pengajian Am, Pengajian Perniagaa, Bahasa Melayu and Sejarah serta MUET. Peace ^_^v !!
sekarang dah masuk tahun 2014, maksudnya kitorang semua dah selamat menduduki peperiksaan STPM dari semester 1 sehingga 3 dengan tenang, erkk, macam pelik je bunyi, hehe. lepas habis sekolah, semua dah bawa haluan masin-masing, ada yang dah kerje, ade yang nak sambung belajar and ade jugak yang nak bertunang la entah apa.. haha. just berharap kitorang semua dapat keputusan yang cemerlang and yang paling penting dapat masuk ke universiti! ✰AMIN✰



Ceh makcik berlagak. Tapi comel..hehe
ReplyDelete