Sometimes You've Gotta Fall Before You Fly

forget what hurt you but never forget what it taught you

Monday, 21 April 2014

proses pembuatan sushi yang paling senang and ohsem

Assalamualaikum

huhuh, hari ni hujan jekk.. dari pukul 11 pagi berpanjangan sampai la ke pukul 4 petang. lebat pulak tuhh.. sejuk kott.. time hujan-hujan camni mesti ada 2 perkara yang bermain di otak fikiran kan. tak lapar mesti nak tidur, kalau tak tidur mesti nak makan.. haaa.. so hari ni zahia nak share sikit pasal makanan..


nampak tak tuh? itulah menu makanan zahia hari ni, masak sendiri tau!! hehe

tau takk feveret zahia ni lain sikit. bukan calang-calang gituw..
zahia ni adalah penggemar sushi tahap tegar.. haaa.. jengjengjengggg..
kalau kat daerah Kota Tinggi ni pusing sampai minyak kereta habis pun takkan jumpa punya la orang jual sushi ke, Sushi King or Sakae Sushi macam dekat bandar-bandar tuh. so kalau setakat nak menyedapkan tekak ni kena pergi jauh-jauh sampai ke JB pon rasanya tak berbaloi kot.

so salah satu cara untuk memenuhi cita rasa zahia sendiri ialah dengan belajar membuat sushi itu sendiri.. meh meh kita belajar sikit cara nak buad sushi ni,, nak buad sushi ni bukan susah sangat pun, cuma perlukan tahap kesabaran yang tinggi semasa nak menggulung sushi tu supaya hasilnya nampak kemas and cantik.  lepas tu sekali buad dapat banyak pulak tu, budget berapa hinggit je. bahan pon sikit je tau.

first step kena la buad muka macam comel jerr macam zahia ni, haha ambil aura dulu, keh keh..

chef zahia nak beri tunjuk ajar ni, attention please !

okay la, bahan yang diperlukan untuk membuat sushi ialah:

beras
1/2 cawan cuka beras
kepingan seaweed (nori)
soy sauce/ sweet sauce
timun jepun
asparagus
carrot
avokado
crabstick (isi ketam)
telur dadar (dimasak cara jepun)
bamboo mat
(bahan-bahan lain pun boleh guna jugak, sedap jeww rasenye ^o^)

cara-cara:

masak nasi macam biasalah. tak payah keras-keras sangat. confirm tak jadi. biarlah nasi tu lembut sikit supaya senang nak gulung semasa proses penggulungan tu nanti. masak tak payah banyak. masak satu cawan nasi dah cukup. guna je beras biasa yang ada dekat rumah tu tapi lebihkan air sikit.


campurkan cuka ke dalam nasi yang dah siap dimasak, kemudian gaul la nasi tersebut menggunakan senduk dengan muka yang penuh bersemangat . hehe. tak payah tambah air. kena pandai agak-agak ikut citarasa. 


sediakan inti untuk sushi tu semua. 
timun jepun + asparagus- potong panjang-panjang. tebal atau nipis ikut suka hati.
crabstick- potong dua. dipotong memanjang okay
telur dadar- buad macam telur dadar biasa pun okay jugak lepastu siaplah potong panjang-panjang
buah avokado- buang biji dan potong nipis-nipis


sediakan bamboo mat. lapikkan bamboo mat tersebut dengan plastik agar mudah untuk menggulung sushi. serta bamboo mat tu tak kotor.. kata someone tulah. bamboo mat ni boleh didapati di pasaraya seperti Jusco and Tesco ye.


cara yang seterusnya ialah dengan meletakkan helaian nori diatas bamboo mat tersebut. kemudian tepekkan nasi yang dah siap digaul dengan cuka beras tu di atas nori. ratakan and pastikan dekat hujung nori tu ada space sikit supaya senang nak gulung. 


dah ratakan nasi, boleh lah letak inti yang dah disediakan tadi secara memanjang. terpulang kepada kreatiiti dan inovasi korang lah. kalau nak letak crabstick saje pon okay. tapi maca zahia lebihkan sayur-sayur.


  kalau nak senang ratakan nasi tu, gunalah sikit air yang dicelup sikit-sikit pada senduk/sudu yang digunakan. macam dalam gambar tuh haa..


step yang seterusnya ialah sesi penggulungan. haha. dah macam ayat dalam bahas ala parlimen pulak. okay masa nak gulung tu kena hati-hati, takut nori tu terkoyak pulak. dah tak santekk sushi kita tu nanti..


seterusnya?? haha siaplah. inilah hasil kreativiti beserta kesabaran dalam proses membuat sushi sendiri dirumah. kalau nak potong, kena guna pisau yang sangat tajam. barulah senang nak potong and texture nasi tu nampak cantik, comel and ohsem.. nampak macam dekat kedai-kedai gituhh.. erk ini bukan lemang di hari raya okay. ini adalah sushi yang belum siap dipotong.. hehe

so sekarang ni nak tengok hasilnya macam mana tak? zahia rasa macam nak bukak kedai sushi sendiri pulak bila tengok hasilnya menjadi. sangat kiut and tak percaya zahia sendiri yang membuadnya. kehkeh..


sedapnyeh.. nyumnyum.. tak payah jauh-jauh nak makan sushi, buad sendiri kat rumah je dengan kos yang berpatutan. hehe.


terasa dah hebat macam boleh bukak kedai sushi sendiri la pulak. hehe. sesape nak rase boleh hantar barang-barang nak buad sushi ke rumah zahia.. nanti kita buad same2 ye. hehe

zahia dah makan sushi ni sampai puas hari ni. kenyang and sedap sangat tau. sebab dibuad dengan penuh kasih sayang.. hehe.tercapai sudah hajat zahia nak belajar buad sushi sendiri. kalau nak lagi sedap boleh la cicah dengan soy sauce atau sweet sauce. makin sedap jadinya..


okay la. satu je pesan zahia pada entry kali ni. proses membuad sushi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. sebab tak semestinya kali pertama cuba buad sushi sendiri akan terus jadi. so keep trying guys. i know you can do it! ohsem like me :D

sekian. wassalam.

p/s : a thousand thanks to Azri and Cik Elis yang dah terlibat dalam sesi pembuatan sushi hari ini. hehe. lebiu! muahh muahh!!

Sunday, 13 April 2014

eksiden: pengalaman baruΣ(▼□▼メ)

Assalamualaikum

kepala ni macam blur blur la nak tulis entri untuk kali ni. huhu. dari tadi dok asek mikir je nk post apa.
last-last baru muncul idea bila teringat kejadian eksiden yang berlaku minggu lepas.. huhu selalu nampak orang lain je yang eksiden.. tapi sekarang ni kena kat diri sendiri pulak..
ni bukan cerita rekaan, or bukan jugak dongeng semata-mata tau! ini real punya maaa...

nak dijadikan cerita.. hari tu bermula macam biasa.. happy-happy je.
yela, malang tak berbau. kalau ada bau mesti dari awal boleh elak, huhu.
adik zahia yang lelaki kena pergi camping. mula-mula cikgu dia cakap gerak dari rumah pukul 2petang. tup tupp rupanya jadual perjalanan dh berubah, kena ada dekat sekolah jam 12 tengah hari, kalau lambat kena tinggal katanya. dah budak tu berebut balik rumah, packing baju and minta zahia hantar dia semula ke sekolh. iyelah, dah nama pun budak lelaki.. memang malas kalau bab nak kemas baju. haha.
oky, dah cantik dah hantar dia ke sekolah sharp on time!
time nak balik pulak.... memang coba-annn..

jam menunjukkan pukul 12.15 minit.
semua orang tahu waktu macam tu tengah sibuk.
orang sibuk nak ambil and hantar anak ke sekolah.
jalan memang busy gila..................
zahia nak keluar dari simpang 3..
kereta berderet-deret dekat depan.
tunggu and tunggu..
lama sangat.. takkan nak tunggu sampai 50 bijik kereta berderet baru nak bergerak.
zahia cuba masuk, sikit demi sikit..
berhimpit dengan kereta dari arah kanan..
nampak ada ruang, boleh masuk nih,
kereta zahia pun kecik,
signal ke kiri pun dah bagi..
kereta dari belakang mesti bagi masuk punya..
tapi..
bila time dah separuh masuk,
kereta dari arah JB tu terus laju,
and...
bammmm!!
tanpa diduga, kereta zahia bergesel dengan kereta tuh.
homaigosh!!!
zahia ketepikan kereta, hidupkan signal kecemasan.
dalam hati ni tuhan je yang tahu, betapa takutnya zahia time tuh.. (Sah-sah aku yang bersalah sbb tu jalan dia, tapi sape suruh dia laju, mentang-mentang kereta besar) haha.
kereta Nissan Almera putih tu pun berhenti ke tepi.
ownernya keluar sambil menepuk dahi,
zahia berdiri tak bergerak walau seinci..
haha.. memang cuak, kecut beb perut ni..

orang yang lalu lalang semua tengok.. tapi xd yang sudi beri bantuan.
kereta cina tu kemek dekat bahagian tengah2, dua-dua pintu dia kena hentam.. oiyoo.. tapi kereta zahia, kebal beb, hehe..

power la kereta kecik zahia boleh buad kereta mahal macam ni kemek..
kereta zahia kebal ( ´ ` )b

hmm cina tu pun dah bebel-bebel dekat zahia, zahia pon dah bingung. nasib baik ada satu kereta ni stop and tolong kitorang,, deal elok-elok.. nak ke balai atau settle tepi..
kalau settle tepi dia mintak gati rugi RM 1000..
gila.. mana ade duit banyak tuh, haha
and kalau ada pun zahia xnak bagi.
banyak sangat!

tanpa diduga, Allah tolong,
kakak sepupu zahia, husband dia and adik lelaki dia kebetulan lalu situ..
nampak zahia kat tepi jalan.
dia orang berhenti.
time tu polis dah datang dah..
suruh kitorang g balai.
zahia dah pening dengan situasi yang terjadi ditambah dengan cuaca yang panas
nak drive pon x boleh..
nasib baik abg sepupu ada.
dia tolong drive kan sampai ke balai polis..
zahia punya cuak nak tengok muka cina tu pon tak berani,, haha
buad report, lambat sangat.. kakak and abang sepupu semua dah balik dulu..
nasib baik azri kebetulan time tu balik cuti,
call dia kejap and dia datang teman sampai balik..
kesudahannya, report polis and claim insurans..
kena saman, habis duit gaji..
balik rumah kena bebel lagi..
haha.
akhirnye tengok kereta besar warna putih pun trauma sendiri..(ω)

#pengalaman menjadikan seseorang menjadi lebih matang untuk menyelesaikan masalah di masa hadapan#

work suck, im dying (〜 ̄△ ̄)〜

Assalamualaikum(ω)

yeahh akhirnya bebas juga daripada cengkaman kuasa kejahatan di tempat kerja. tiada lagi penindasan, iri hati dan sakit hati yang dirasai sekarang. haha. mesti nak tau kenapa kan?

meh, meh zahia cite daripada A to Z..
sekarang ni, zahia baru je lepas quit daripada kerja, eh tempat tu tak layak dipanggil tempat kerja.. lagi sesuai panggil neraka.. haha.

zahia kerja kat satu kedai pakaian. yeah, memang besar kedai tu. dilengkapi 16 cctv yang sentiasa merakami gerak geri kami. pelik tapi benar.. 16? nak perhatikan pencuri ke, perhatikan pekerja, jawapan sorang kawan tu, "dua-dua..!" haha. (。-_-。)

kedai tu x ramai pekerja. cuma ada 6 orang je. diawasi oleh 2 orang supervisors cina yang datang 4 kali seminggu. and kedai tu diketuai oleh seorang ketua yang berlagak diva, tpi dari jauh or dekat sama je nampak macam singa betina. and sebab dia la zahia berhenti kerja.

okay, episod ngeri bermula apabila zahia bertanyakan tentang off day. zahia tanya elok-elok macam ni..
''kak, sabtu ni kena datang sekolah sebab dapat anugerah. boleh cuti tak? kalau dapat half day pon okay.."

dengan menyinganya dia menjawab.. "tak boleh.."
hah??????... kenapa tak boleh?!! kenapa? kenapa?.........

itu je yang termampu zahia cakap, tapi dalam hati jela. hahahaha.
tak lama lepas tu zahia terus on direct call supervisor.. yela dah nombor dia pon ada dalam contct. mintk izin sekali je, eh.. terus dapat! kenapa dengan kakak tu tak dapat? siapa dia dekat kedai? cuma pekerja yang dah senior je kot.

since kejadian tu, dia terus tak tegur zahia dah. sempat juga lah zahia dengar dia sekali dua memaki hamun zahia kat belakang. cakap dalam hati, sabar za.. tak lama pun kerja sini. kerja sini pun semata untuk dapatkan duit bayar lesen je..

cukup lah 3 hari dia pulaukn zahia.. siyesly memang sedih. tapi lama-lama bila pikir balik,, buad tak tahu sudahlah,, buad je happy-happy, ketawa-ketawa.. biar kakak tu makin tension tengok zahia tak terkesan pun dengan kuasa pemulauan dia tu. haha.

bukan nak kutuk dia. tapi macam tak bagus lah perangai dia tu. perkara kecik je kot.. tak profesional langsung lah, macam mana nak naik jadi supervisor??

satu lagi yang tak baiknya pasal dia orang kat tempat kerja tu sebab suka lengah-lengahkan masa.. eh come on fikir la,, yang selalu jadi mangsa sama ada sengaja atau tak , of course la zahia..

cuba fikir ea.
ada 3 shift.
10am-10pm (full)
10am-7pm (morning)
1pm-10pm (noon)

waktu rehat pulak ...
1. 12pm-1pm
2. 1pm-2pm
3. 2pm-3pm (aku la...)

okay, si polan A yang rehat pukul 12pm akan lengah-lengahkan masa dia, and rehat paling cikai pukul 12.20pm, so dah tentu dia masuk 1.20pm untuk cukupkan satu jam waktu rehat. si polan B juga akan melengah-lengahkan masanya, waktu rehat dia yang sepatutnya pukul 1pm dianjakkan kepada 1.35pm, so directly dia akan habis rehat 2.35pm.. and yang jadi mangsanya adalah zahia..
oh no.. Σ(-`Д´-ノ;)?!
zahia yang sepatunya rehat 2pm, terpaksa rehat 30 minit lewat.

sometimes perut ni dah masuk angin sampai nak makan pun dah tak ada selera. hasihh..
nak report bos.. tapi bila fikir-fikir,, biarkan jela..
tak mau lagi dah masuk campur urusan orang.

erm,, kerja kat situ penat. kena jadi cleaner tak berbayar. haha. kerje mengemop, menyapu.. mengelap cermin semua.. bila fikir balik,
tak sangka kena buad semua tu demi duit.. haha.(*▽≦)

sebab tu lah kena belajar betul-betul, belajar tinggi-tinggi.
bila kadang-kadang kena buli,
zahia sabar..
and ingatkan diri sendiri.. "kalau aku sambung belajar lepas ni, tak mustahil aku boleh jadi bos dekat sini.."
kan, kan?

hihi. apa pun, zahia dah terlepas daripada cengkaman and penindasan semua tu.
sesungguhnya, menganggur dekat rumah memang best! takde sapa nak marah..
paling tidak pun mak je yang bebel.
mak bebel-bebel pun tu tandanya dia sayang . wuhuhu....(*^ワ^*)

put an effort on study, fighting! (^▽^●)

Assalamualaikum(=^^=)

ni hao ma? hehe. hari ni panas leh.. ni kipas dah bukak high pon panas lagi. takut jugak kipas syiling ni jatuh sebab bukak laju sangat. insurans nyawa takde lagi. haha. merepek! ~(‾‾)~

nak cite, hari tu zahia ada dapat call from someone unknown. masa tu tengah drive. angkat jela.. rupanya cikgu dari sekola zahia yang call.. ooohhhh...
haha.

katenye, dia suruh datang sekolah. zahia dijemput hadir untuk ambil anugerah. wow!! terbaik ni.. kena tau jugak anugerah apa.. haha. dia cakap surat akan dihantar melalui pos.. funny betul la. dah tentu lah adik zahia ada yang sekolah situ.. kenapa la nak ber-post2 bagai.. haha.

then, pada hari tersebut, zahia pon datang. drive sendiri beb.. siap bawak mak sekali.. dengan bangganya zahia datang ke sekolah selepas dah 4 bulan tinggalkan alam persekolahan.. kena la cun-cun sikit, biar adik2 kat sekolah tanya, eh siapa tu???.... hehehe..


nahhhh.. tu dia... sempat lagi berselfie dalam dewan sementara tunggu nak naik pentas, dub dab dub dab jugak masa nih, hihihi.. okay, yang itu nama twitter zahia, jum follow ramai-ramai..

hari tuh, dapat la jumpa kawan2 yang turut dijemput hadir ke majlis tuh,, tapi tak ramai, sebab pihak sekolah just bagi penghargaan kepada pelajar 3.20 ke atas, 3.50 ke atas and pelajar terbaik setiap subjek serta pelajar terbaik keseluruhan. zahia just dapat Anugerah Kilauan Bestari Kokurikulum Tertinggi (Anugerah Gemilang STPM 2013 ,3.50) Aliran Kemanusiaan.. perghhh.. semput nak baca satu nafas, panjang sangat. haha! siapa lah punya idea ni..
gambar masa atas pentas. haha. comelnya zahia dari jauh.
(゜~☆)

wah, sempat lagi bergambar depan dewan sekolah. logo sekolah SMK Tun Habab tu yang mahal sebenarnya. Sekolah Kluster Kecemerlangan.( ̄ー+ ̄)

Alhamdulillah, akhirnya lepas dah umur 20 tahun macam ni, dapat jugak zahia buad mak ayah tersenyum dengan kejayaan yang zahia dapat ni.. tak boleh nak riak sangat, sebab cerita belum habis lagi kan, hehe, u belum dapat lagi.. nanti nak zahia apply kos yang boleh menyara kos sara hidup pada masa hadapan. haha. thanks buad mak ayah yang sentiasa beri dorongan and kata-kata semangat untuk zahia terus belajar.buad cikgu-cikgu, thanks atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang setahun setengah belajar di pra-universiti, kawan-kawan yang sentiasa ada untuk zahia time susah and senang serta tak lupa juga thanks buad si boncit nakal Azri Achiq yang selalu ada untuk zahia... buad teman dalam mesej time study sorang2. hehe!


rindunya dekat kawan-kawan semua ni.. masing-masing dah bawa haluan sendiri sekarang..

now zahia dapat buktikan bahawa bercinta waktu belajar bukanlah halangan kepada seseorang untuk berjaya. sebab honestly zahia mengaku time sekolah belajar dalam kelas zahia memang banyak main-main. balik rumah memang kaki merayap punya budak. hehe.. sekian..

''..Don't stop at the top, touch the sky before you drop!.."

belajarlah selagi ada peluang untuk belajar.(* ̄▽ ̄*)bye bye!

STPM 2013.. pencapaian terbaik seumur hidup (*・∀-)☆

Assalamualaikum(^-^*)

wahh.. dah lama rasanya zahia menyepi. haha. busy maa... sejak bekerja memang takde masa nak post apa-apa. terasa waktu suntuk sangat. balik rumah pun just untuk tidur. hehe.
ngantok bebenor.. ( ~ω~)zzz~

result STPM dah meletus. dah lama dah.. Alhamdulillah, zahia dah tersenyum lebar masa dapat result tu. terus call mak ayah bagitau berita gembira. memang seminggu asek tersenyum jela gamaknya. hahai..
( ̄▽ ̄〜)

tapi masa nak ambil result tu, zahia tengah kerja. terpaksa mintak excuse. harap2 supervisor tempat zahia tu faham la.. tapi bila dah dapat result, dia terus bagi Fererro Rocher.. wah, blushin-blushing jugak la masa tuh!! :*:(*//////////*):*:
xiexie !!  wo hen xi huan ! haha. maksud: terima kasih, saya suka sangat!

actually result zahia tak se'wow' mana. tapi orang tetap jugak cakap 'wow' bila zahia bagitau dapat berapa. okay okay. straight to the point jela.. zahia dapat pointer 3.50 daripada keseluruhan 4.00.. tapi yang bestnya sebab dari sem1, 2 and 3, zahia tak pernah repeat walau satu paper pun!!

agak2 kalau zahia repeat, boleh dapat 4.00 kan? four flat gituuuu...
haha btw ni jela rezeki yang zahia dapat.. kira dah okay kot sebab bila tengokada kawan2 lain yang dapat pointer bawah 3 and ada jugak yang bawah 2.. sedih..hurmm. Tapi sebenarnya zahia belajar and buad betul2 masa exam sebab zahia nak selamatkan duit daripada repeat. ya lorh,, repeat 1 paper RM50.. walaweyhh.. membazir! mahal pulak tuh, mencekik darah! so satu yang zahia semat dalam kepala otak nih.. "buad sekali je, tapi biar buad yang terbaik!" hehe. (* ̄▽ ̄*)

okay. zahia tak habis terangkan lagi nih, haha. zahia ambil STPM semua sekali ada 4 subjek.. Pengajian Am (subjek wajib lulus macam BM masa SPM), Pengajian Perniagaan, Bahasa Melayu and Sejarah.

so ini yang zahia dapat..
Pengajian Am: 3.33 (B+)
Pengajian Perniagaan 3.33 (B+)
Bahasa Melayu 3.67 (A-)
Sejarah 3.67 (A-)

bila dah tambah tolak darab and bahagi serta dicampur sekali dengan semua assignment yang zahia dah settle kan masa sem2 and 3, dapatlah pointer 3.50..

memang nampak macam senang, tapi susah jugak.. yelah, zahia ni batch pertama yang ambil stpm macam budak2 u.. ada assignment bagai.. kalau tak boleh catch up, memang tonggang terbalik la..

apa-apa pun result dah keluar and now,, bertawakal untuk mohon upu.. ( ´ ` )
nak apply kos apa ya?
secret maa..
haha.
bye!