huhuh, hari ni hujan jekk.. dari pukul 11 pagi berpanjangan sampai la ke pukul 4 petang. lebat pulak tuhh.. sejuk kott.. time hujan-hujan camni mesti ada 2 perkara yang bermain di otak fikiran kan. tak lapar mesti nak tidur, kalau tak tidur mesti nak makan.. haaa.. so hari ni zahia nak share sikit pasal makanan..
nampak tak tuh? itulah menu makanan zahia hari ni, masak sendiri tau!! hehe
zahia ni adalah penggemar sushi tahap tegar.. haaa.. jengjengjengggg..
kalau kat daerah Kota Tinggi ni pusing sampai minyak kereta habis pun takkan jumpa punya la orang jual sushi ke, Sushi King or Sakae Sushi macam dekat bandar-bandar tuh. so kalau setakat nak menyedapkan tekak ni kena pergi jauh-jauh sampai ke JB pon rasanya tak berbaloi kot.
so salah satu cara untuk memenuhi cita rasa zahia sendiri ialah dengan belajar membuat sushi itu sendiri.. meh meh kita belajar sikit cara nak buad sushi ni,, nak buad sushi ni bukan susah sangat pun, cuma perlukan tahap kesabaran yang tinggi semasa nak menggulung sushi tu supaya hasilnya nampak kemas and cantik. lepas tu sekali buad dapat banyak pulak tu, budget berapa hinggit je. bahan pon sikit je tau.
first step kena la buad muka macam comel jerr macam zahia ni, haha ambil aura dulu, keh keh..
chef zahia nak beri tunjuk ajar ni, attention please !
okay la, bahan yang diperlukan untuk membuat sushi ialah:
beras
1/2 cawan cuka beras
kepingan seaweed (nori)
soy sauce/ sweet sauce
timun jepun
asparagus
carrot
avokado
crabstick (isi ketam)
telur dadar (dimasak cara jepun)
bamboo mat
(bahan-bahan lain pun boleh guna jugak, sedap jeww rasenye ^o^)
cara-cara:
masak nasi macam biasalah. tak payah keras-keras sangat. confirm tak jadi. biarlah nasi tu lembut sikit supaya senang nak gulung semasa proses penggulungan tu nanti. masak tak payah banyak. masak satu cawan nasi dah cukup. guna je beras biasa yang ada dekat rumah tu tapi lebihkan air sikit.
campurkan cuka ke dalam nasi yang dah siap dimasak, kemudian gaul la nasi tersebut menggunakan senduk dengan muka yang penuh bersemangat . hehe. tak payah tambah air. kena pandai agak-agak ikut citarasa.
sediakan inti untuk sushi tu semua.
timun jepun + asparagus- potong panjang-panjang. tebal atau nipis ikut suka hati.
crabstick- potong dua. dipotong memanjang okay
telur dadar- buad macam telur dadar biasa pun okay jugak lepastu siaplah potong panjang-panjang
buah avokado- buang biji dan potong nipis-nipis
sediakan bamboo mat. lapikkan bamboo mat tersebut dengan plastik agar mudah untuk menggulung sushi. serta bamboo mat tu tak kotor.. kata someone tulah. bamboo mat ni boleh didapati di pasaraya seperti Jusco and Tesco ye.
cara yang seterusnya ialah dengan meletakkan helaian nori diatas bamboo mat tersebut. kemudian tepekkan nasi yang dah siap digaul dengan cuka beras tu di atas nori. ratakan and pastikan dekat hujung nori tu ada space sikit supaya senang nak gulung.
dah ratakan nasi, boleh lah letak inti yang dah disediakan tadi secara memanjang. terpulang kepada kreatiiti dan inovasi korang lah. kalau nak letak crabstick saje pon okay. tapi maca zahia lebihkan sayur-sayur.
kalau nak senang ratakan nasi tu, gunalah sikit air yang dicelup sikit-sikit pada senduk/sudu yang digunakan. macam dalam gambar tuh haa..
step yang seterusnya ialah sesi penggulungan. haha. dah macam ayat dalam bahas ala parlimen pulak. okay masa nak gulung tu kena hati-hati, takut nori tu terkoyak pulak. dah tak santekk sushi kita tu nanti..
seterusnya?? haha siaplah. inilah hasil kreativiti beserta kesabaran dalam proses membuat sushi sendiri dirumah. kalau nak potong, kena guna pisau yang sangat tajam. barulah senang nak potong and texture nasi tu nampak cantik, comel and ohsem.. nampak macam dekat kedai-kedai gituhh.. erk ini bukan lemang di hari raya okay. ini adalah sushi yang belum siap dipotong.. hehe
so sekarang ni nak tengok hasilnya macam mana tak? zahia rasa macam nak bukak kedai sushi sendiri pulak bila tengok hasilnya menjadi. sangat kiut and tak percaya zahia sendiri yang membuadnya. kehkeh..
sedapnyeh.. nyumnyum.. tak payah jauh-jauh nak makan sushi, buad sendiri kat rumah je dengan kos yang berpatutan. hehe.
terasa dah hebat macam boleh bukak kedai sushi sendiri la pulak. hehe. sesape nak rase boleh hantar barang-barang nak buad sushi ke rumah zahia.. nanti kita buad same2 ye. hehe
zahia dah makan sushi ni sampai puas hari ni. kenyang and sedap sangat tau. sebab dibuad dengan penuh kasih sayang.. hehe.tercapai sudah hajat zahia nak belajar buad sushi sendiri. kalau nak lagi sedap boleh la cicah dengan soy sauce atau sweet sauce. makin sedap jadinya..
okay la. satu je pesan zahia pada entry kali ni. proses membuad sushi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. sebab tak semestinya kali pertama cuba buad sushi sendiri akan terus jadi. so keep trying guys. i know you can do it! ohsem like me :D
sekian. wassalam.
p/s : a thousand thanks to Azri and Cik Elis yang dah terlibat dalam sesi pembuatan sushi hari ini. hehe. lebiu! muahh muahh!!














No comments :
Post a Comment