Sometimes You've Gotta Fall Before You Fly

forget what hurt you but never forget what it taught you

Wednesday, 19 November 2014

suke ke tak suke ?

assalamualaikum
haii.. entri kali ni aku nak wat kelainan sikit.
sebab aku nak luahkan ape yang aku rase. aku nak tanye, pernah tak korang suke kat seseorang, tapi korang tak mampu nak luahkan?
kenapa tak nak bagi tahu dia? sebab kena reject mentah2? takut dia taknak kawan dgn kau lagi lepas dia tahu kau suka dia? yes, thats the correct answer. this is what people called as crush. why?? because we love or admire someone in  silence. susah wei bila berkawan dengan seseorang yang treat kita special sgt. aku ni perempuan. mudah tersentuh. adesss...nak tanya dia dah berpunya ke belum, hmmm macam annoying.. klw x tanya, takut sampai bila2 tak tahu, ye dak?
tapi laaa.. lepas korang bace la ape yang aku nak cerite ni, ape agknya persepsi korang ye? sebab sampai skrg aku tak tahu jawapan dari die.

di pendek kan cerite,
aku intro dia sebagai AFI
short fom dr nama dia yang panjang sangat tu.. aku dedicate post kali ni khas untuk dia. harap2 dia tak baca. mihmih..

                                                 ******************************

awak?
saya pening dengan awak,
awak main tarik tali,
awak suke ke tak suke?

kalau awak tak suke,
kenapa awak tegur sy kat fb?
atau salah sy sebab reply chat awak,
kalau tak mesti semua tak jadi cmni.

kalau awak tak suke,
kenapa awak rajin wsapp sy hari2,
mintak sy teman awak study,
kita berwsapp sampai awal pagi.

kalau awak tak suke,
kenapa awak ajak sy keluar,

kalau awak tak suke,
kenapa awak masih simpan lukisan sy,

kalau awak tak suke,
kenapa awak selalu ajak sy keluar makan,

kalau awak tak suke,
kenapa awak selalu teman sy lunch,

kalau awak tak suke,
kenapa awak selalu wish good morning,

kalau awak tak suke,
kenapa awak selalu hantar gambar selfie,

kalau awak tak suke,
kenapa awak ajak sy jumpe kat libry,

kalau awak tak suke,
kenapa awak beli dan hantarkan sy makanan?

kalau awak tak suke,
kenapa awak suke cerita tentang diri awak?

kalau awak tak suke,
kenapa awak tersenyum depan saya?

kalau awak tak suke,
kenapa mata awak curi-curi pandang saya?

kalau awak tak suke,
kenapa awak berani keluar bedua dengan saya?

kalau awak tak suke, 
kenapa awak payungkan saya time hujan?

kalau awak tak suka,
kenapa awak panggil sy dear?

kalau awak tak suka,
kenapa awak cakap rindu kat sy?

kalau awak tak suka,
kenapa awak tercari2 sy time sy g kl?

kalau awak tak suka,
kenapa awak ajak sy pergi ke pesta konvo?

kalau awak tak suke,
kenapa awak minta sy teman awak keluar ke mana2?

kalau awak tak suke, 
kenapa awak tetap datang teman sy kt libry walaupun janji pukul 2.30 tp datang pkul 3?

kalau awak tak suke,
kenapa awak tersenyum bila macik cafe kat lego tegur kita serasi bersama?

kalau awak tak suke,
kenapa awak tak nafikan yang muke kita sama?

kalau awak tak suke,
kenapa awak tanya sy sibuk wsapp dengan siapa

kalau awak tak suke,
kenapa awak tak cakap je dekat kawan awak yang kita cuma kawan?

kalau awak tak suke,
kenapa awak mintak gambar kita yang sy edit2?

kalau awak tak suke,
kenapa awak pun nak simpan gambar kita berdua?

kalau awak tak suke,
kenapa awak tak bagi sy berkawan dengan rusyaidi?

kalau awak tak suke,
kenapa awak terkejut bila saya berbual dengan dia?

kalau awak tak suke,
kenapa awak selalu ajak sy dating?

kalau awak tak suke,
kenapa awak buat sy ternanti2?

kalau awak tak suke,
kenapa awak buad sy rase special?

kalau awak tak suke,
kenapa awak tak cakap je yang awak memang takde perasaan pade sy?

awak ni....
awak suke ke tak suke?

bila sy tanya kawan2 sy, dyrg ckp awak suke sy. tapi sy rase mcm syok sendiri. sbb sy nak tau jawapan dr awak, sama ada suke atau tak suke, sebab apa? sebab awk sendiri yang bagi sy banyak2 hint.. sy stress.. sy banyak habiskan mase dengan awak. dengan orang yang sy tak tahu ape perasaannya terhadap saye..

sama ada suke atau tak suke :'(

Tuesday, 4 November 2014

Campus Life

Assalamualaikum.
Pfuhhhhhh...!!!! agak-agak korang aku buat ape? haaaa..aku dok meniup blog aku yang aku rasa dah hampir satu abad tak update ni. hahaha. bukan ape.. aku terlalu busy. terlalu banyak masalah. terlalu banyak dugaan. selama aku tak update ni, dah berbagai perkara terjadi dalam hidup aku. but now, lupakan, okay?? kosong-kosong..

sekarang, aku dengan rasminya telah bergelar seorang mahasiswi di sebuah IPTA di Malaysia. aku dah terpilih untuk melanjutkan pengajian selama 4 tahun di Universiti Utara Malaysia (UUM). alhamdulillah, aku sedang menempuhi pengalaman baru sebagai penuntut universiti berstatus Degree Holder for Barhelor of Busines Administration (Logistic & Transport).

ramai orang tanya aku, "kos ape tu?
"loji ke?" and tak kurang jugak yang buad lawak tak jadi cakap kalau aku keluar nanti keje bawak kontena.. haha pedulikan semua tu, okay? sebab aku sendiri pon belom explore kos yang aku dapat deka uum ni.

for sure, uum bukan first choice aku, aku apply semua u yang terletak dekat tengah bandar. tapi dah rezeki aku dapat u dekat tengah hutan. kuikui.. sedih ke? matila nakk..

aku tak faham sangat kehidupan dekat u ni.
aku tak faham... series aku tak faham.
dulu aku selalu dengar cikgu aku cakap, nanti dah masuk u, belajar senang jeee.. boleh rilek2.. tapi hakikatnya? hidup aku 24 jam bertemankan assignment . homaigoshhhh... ~.~

ditambah dengan masalah nak cari kawan baru dekat sini. boleh cakap aku berubah 360 darjah bila masuk u ni. haha. terus jadi katak bawah tempurungg... kejutan budaya maybe?
takpe.. takpe.. akan ku tunjukkan siapa diri aku ini.. insha Allah.. cuma kena amik masa sikit la, lagi-lagi sebab aku terkejut dengan situasi baru ditambah pula bila hari-hari aku dengar loghat utaghaaaa kat sini... lelama aku pon dah terikut-ikut jugak,,,
"ayaqqq..." haha.