Sometimes You've Gotta Fall Before You Fly

forget what hurt you but never forget what it taught you

Tuesday, 4 November 2014

Campus Life

Assalamualaikum.
Pfuhhhhhh...!!!! agak-agak korang aku buat ape? haaaa..aku dok meniup blog aku yang aku rasa dah hampir satu abad tak update ni. hahaha. bukan ape.. aku terlalu busy. terlalu banyak masalah. terlalu banyak dugaan. selama aku tak update ni, dah berbagai perkara terjadi dalam hidup aku. but now, lupakan, okay?? kosong-kosong..

sekarang, aku dengan rasminya telah bergelar seorang mahasiswi di sebuah IPTA di Malaysia. aku dah terpilih untuk melanjutkan pengajian selama 4 tahun di Universiti Utara Malaysia (UUM). alhamdulillah, aku sedang menempuhi pengalaman baru sebagai penuntut universiti berstatus Degree Holder for Barhelor of Busines Administration (Logistic & Transport).

ramai orang tanya aku, "kos ape tu?
"loji ke?" and tak kurang jugak yang buad lawak tak jadi cakap kalau aku keluar nanti keje bawak kontena.. haha pedulikan semua tu, okay? sebab aku sendiri pon belom explore kos yang aku dapat deka uum ni.

for sure, uum bukan first choice aku, aku apply semua u yang terletak dekat tengah bandar. tapi dah rezeki aku dapat u dekat tengah hutan. kuikui.. sedih ke? matila nakk..

aku tak faham sangat kehidupan dekat u ni.
aku tak faham... series aku tak faham.
dulu aku selalu dengar cikgu aku cakap, nanti dah masuk u, belajar senang jeee.. boleh rilek2.. tapi hakikatnya? hidup aku 24 jam bertemankan assignment . homaigoshhhh... ~.~

ditambah dengan masalah nak cari kawan baru dekat sini. boleh cakap aku berubah 360 darjah bila masuk u ni. haha. terus jadi katak bawah tempurungg... kejutan budaya maybe?
takpe.. takpe.. akan ku tunjukkan siapa diri aku ini.. insha Allah.. cuma kena amik masa sikit la, lagi-lagi sebab aku terkejut dengan situasi baru ditambah pula bila hari-hari aku dengar loghat utaghaaaa kat sini... lelama aku pon dah terikut-ikut jugak,,,
"ayaqqq..." haha.

No comments :

Post a Comment